Linopot dan nasi katok

Pada suatu hari kami ingin makan sesuatu yang berbeza dan kami terfikir linopot. Ya linopot ni adalah satu jenis masakan yang disediakan oleh suku kaum kadazan-dusun di Sabah. Eh sekejap. Betulkah linopot adalah sebuah masakan?

Sebenarnya tiada masakan linopot kerana sebenarnya linopot tu adalah cara makanan di sediakan. Linopot bermaksud nasi / makanan yang di bungkus. Dulu-dulu orang kadazan-dusun akan membungkus makanan menggunakan daun untuk bekal bekerja ataupun perjalanan. Jadi secara ringkasnya, linopot bermaksud nasi bungkus.

Sama halnya dengan nasi katok yang terkenal di area sabah-brunei. Orang menjual pelbagai variasi nasi katok membuat kami berfikir, apa khas nasi katok ni? Rupanya kami diceritakan yang nasi katok adalah nasi yang dijual secara berjalan kerumah-rumah lalu membuat bunyi dengan mengetuk sesuatu. Perkataan katok itu bermaksud ketuk. Dan gelaran nasi katok pun diberi kepada penjual nasi bergerak tersebut.

Harap-harap betul lah info yang kami dapat ni hahaha

Makanan cina yang kita mahu.

Sebagai seorang yang menganut agama islam, kami sering melihat sudut makanan cina sebagai tempat yang kami tidak dapat pergi tapi memiliki tarikan yang tersendiri. Ya betul, masakan cina memang sangat terkenal seluruh dunia dan sangat sering diberitakan di mana-mana portal makanan. Jadi kami sering memikirkan adakah cara supaya kami dapat merasa masakan-masakan tersebut. Ya ada, dengan adanya orang cina beragama islam yang memasak masakan tradisi mereka.

Kami pernah datang ke restoran yang menggelar kedai mereka sebagai restoran cina muslim. Tapi kami hampa tatkala nampak makanan yang disediakan tidak hampirpun kepada masakan yang kami nampak di restoran cina ‘bukan muslim’. Nama masakan pun macam lebih kemelayuan, adakah menjadi muslim membawa mereka untuk menjadi lebih melayu?.

Tapi ada juga ketika kami gembira melihat penjaja makanan cina muslim yang boleh dikatakan masih asli. Seperti gerai yang kami jumpa di Karnival Jom Makan Keningau baru-baru ini. Gerai Husna Yap yang menjual masakan nasi pulut ayam cendawan yang sangat ‘cina’ dalam pemerhatian kami.

Pakai ‘topi cina’ lagi.

Sangat menarik jika banyak yang seperti ini. Sebab umat muslim wajib mencari makanan yang halal. Dan dengan tersedia masakan cina yang halal semua masyarakat dapat merasa manisnya tradisi pelbagai bangsa.

Makanan hipster zaman sekarang.

Kalau kita perhatikan trend makanan sekarang, banyak yang beraliran ‘street food’. Terma street food ni boleh kita tafsirkan makanan yang banyak dijual di jalanan bermakna makanan tersebut seharusnya ‘murah dan meriah, senang diakses oleh masyarakat dan rasanya sangat familiar dengan kita. Tapi keadaannya lain di Malaysia, kerana aliran street food ini didominasi oleh makanan yang terinspirasi dari luar negara. Ini menyebabkan kos yang dikeluarkan agak tinggi kerana bahan yang digunakan banyak menggunakan sumber luar yang tidak dikeluarkan secara besar-besaran di dalam negara.

Walaubagaimanapun, kita melihat scene makanan jalanan ini satu perkembangan menarik kerana para usahawan mula cergas dalam mengikuti dan membuat trend baru. Ini menggalakkan persaingan dan membuatkan pasaran makanan dalam negara semakin ada serinya.

Rainbow cheese toast. Inovasi dari roti bakar biasa menjadi berwarna untuk menarik pembeli.
Keropok / snek yang boleh dikatakan masih mengikuti cara lama, harus dinaiktaraf untuk mengejar pasaran terkini.

TAMU BESAR KOTA BELUD (2)

Kraftangan yang dijual oleh penjaja dari suku kaum dusun.
Alat muzik tradisional suku kaum dusun ; bungkau.

Acara tamu besar pada tahun ini di hadiri dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah serta TYT Yang Dipertua Negeri Sabah. Setelah hadir dan disambut, barisan perasmi di arak menggunakan kereta berhias yang berupa seperti perahu.

Kereta berhias serupa perahu.
TYT dan Ketua Menteri dibawa berarak menaiki kereta berhias.

Sungguh kemeriahan tamu besar pada kali terasa kerana pengunjung yang hadir sangat ramai. Keadaan ini juga di sokong oleh para penjaja yang menyediakan jualan yang sangat menarik disamping pameran dan aktiviti yang dirancang oleh pihak pengelola acara. Tahniah! Tahun depan kita datang lagi!

Tamu Besar Kota Belud 2019 (1)

Pada 26-27 oktober lepas, berlangsung tamu besar di Kota Belud. Tamu besar adalah acara tamu tahunan yang berlangsung di beberapa daerah di Sabah selain tamu mingguan yang umumnya berlangsung setiap minggu. Tamu besar Kota Belud terkenal dengan pelbagai acara khas seperti perlumbaan kerbau, persembahan kuda dan lain-lain.

Kereta perahu berhias yang digunakan untuk kenderaan rondaan Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri.

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kota Belud mengambil masa lebihkurang 1 jam. Memandangkan kami berangkat dari Keningau, maka kami mengambil masa lebihkurang 3 jam untuk sampai ke destinasi. Kami sampai pada hari sabtu (26 oktober) dan berjalan-jalan ke tamu pada pagi hari ahad.

Kuda yang dipakaikan baju khas untuk persembahan.

Macam biasalah kalau ke tamu ni biasanya yang dulu orang cari pasti makanan. Makanan khas Kota Belud banyak dijual oleh penjaja di sini seperti kuih penjaram, pais jagung dan tidak ketinggalan pelbagai makanan yang agak moden juga tersedia.

Kuih penjaram KB
Pais jagung yang dibungkus menggunakan daun jagung untuk mengekalkan keaslian.

Bermacam jenis kraf juga banyak dijual sempena tamu besar kali ni. Dari parang, sarung parang berukir, kraf berasaskan kain, dan alat muzik tradisional juga ada. Tidak ketinggalan pelbagai jenis pameran dari agensi-agensi dan komuniti masyarakat yang dijemput untuk memeriahkan acara pada tahun ini.

Parang dengan sarung parang berukir.

Design a site like this with WordPress.com
Get started