Tamu Besar Kota Belud 2019 (1)

Pada 26-27 oktober lepas, berlangsung tamu besar di Kota Belud. Tamu besar adalah acara tamu tahunan yang berlangsung di beberapa daerah di Sabah selain tamu mingguan yang umumnya berlangsung setiap minggu. Tamu besar Kota Belud terkenal dengan pelbagai acara khas seperti perlumbaan kerbau, persembahan kuda dan lain-lain.

Kereta perahu berhias yang digunakan untuk kenderaan rondaan Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri.

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kota Belud mengambil masa lebihkurang 1 jam. Memandangkan kami berangkat dari Keningau, maka kami mengambil masa lebihkurang 3 jam untuk sampai ke destinasi. Kami sampai pada hari sabtu (26 oktober) dan berjalan-jalan ke tamu pada pagi hari ahad.

Kuda yang dipakaikan baju khas untuk persembahan.

Macam biasalah kalau ke tamu ni biasanya yang dulu orang cari pasti makanan. Makanan khas Kota Belud banyak dijual oleh penjaja di sini seperti kuih penjaram, pais jagung dan tidak ketinggalan pelbagai makanan yang agak moden juga tersedia.

Kuih penjaram KB
Pais jagung yang dibungkus menggunakan daun jagung untuk mengekalkan keaslian.

Bermacam jenis kraf juga banyak dijual sempena tamu besar kali ni. Dari parang, sarung parang berukir, kraf berasaskan kain, dan alat muzik tradisional juga ada. Tidak ketinggalan pelbagai jenis pameran dari agensi-agensi dan komuniti masyarakat yang dijemput untuk memeriahkan acara pada tahun ini.

Parang dengan sarung parang berukir.

Design a site like this with WordPress.com
Get started